Ahad, 20 Disember 2015

Apa Yang Sudah Pergi, Biarkanlah Ia Pergi

Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. Lebih

daripada itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.

     Bagi orang-orang yang waras, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan di buka

dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung dalam penjara kelupaan , diikat

dengan gari didalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar. Ianya perlu diperap

sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya, sebab ia adalah sesuatu yang sudah berlalu dan

sudah selesai. Maka ia tidak mungkin kembali dengan apa juga kesedihan , tidak dapat diubah dan

diperbaiki dengan apa juga kedukaan, tidak dapat dihadirkan semula dengan apa juga kegelisahan

dan tidak akan dapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan - ia adalah sesuatu yang sudah tiada.

          Jangan biarkan hidupmu dihantui masa lau, jangan biarkan dirimu sentiasa dibayang-bayangi

oleh sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskan lah dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau.

Sesungguhnya meratapi masa lalu dengan menangisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya.

kembali ke pangkuan msa lalu sama sahaja dengan meletakkan kita dalam kemelut dan tragedi yang

sangat dasyat dan menakutkan.

                  Hidup sambil mengungkit-ungkit masa lalu bermakna menyia-nyiakan masa sekarang,

mengoyak-ngoyak perjuangan dan memporak-perandakan masa kini. Allah S.W.T sudah

menceritakan tengang umat-umat yang lampau dan apa yang sudah mereka lakukan. " Yang

demikian itu adalah satu umat yang sudah berlalu." Segala sesuatunya sudah selesai bagi mereka.

Tidak ada gunanya lagi menghuraikan dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama

sahaja dengan memutar semula perjalanan sejarah.

      Sesungguhnya orang yang kembali pada masa lalu sama dengan orang yang menggiling tepung atau

orang yang menggergaji dedak kayu tetapi dirinya sendiri turut tergilas sama . Terdapat ungkapan

lama terhadap mereka yang suka meratapi masa lalu : " Hei, jangan keluarkan mayat-mayat itu dari

kubur mereka!" Disebutkan bahawa mereka yang boleh bercakap dengan bahasa haiwan, mereka

bertanya kepada keldai : " Mengapa engkau tidak menarik kereta lagi?" Si keldai menjawab :" Aku
tidak suka meipu".

     Malangnya kita tidak mahu dan berusaha menangani masa kini , sebaliknya kita sibuk memikirkan

masa lalu kita . Kita menyia-nyiakan istana-istana kita yang megah , sebaliknya kita pula yang sibuk

menguruskan reruntuhan bangunan lama. Sekiranya manusia dan jin bekerjasama dan bertungkus

lumus untuk mengembalikan masa lalu , nescaya mereka tidak akan berjaya , sebab pada dasarnya ia
adalah mustahil.

Sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling kebelakang, sebab hembusan angin

sentiasa menghala kedepan, air mengalir pun menuju ke depan , kafilah berjalan pon kearah depan.

Justeru , janganlah cuba menentang arus dan aturan hidup , sunnah alam.



                                                                                      ( Dipetik dari buku "LA TAHZAN" )